Home > Teaching and Learning > Malay

Malay


Selaras dengan visi pihak kementerian, Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Cedar berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang "Arif Budiman", iaitu pelajar-pelajar yang berilmu, berhemah, berbudi pekerti dan menyumbang kepada masyarakat di sekelilingnya. 

Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Cedar memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa dan akhlak pelajar-pelajar melalui pendekatan budaya dan kaedah pengajaran yang interaktif dan berpusatkan murid. Program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Jabatan Bahasa Melayu bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa serta memperkayakan lagi pengetahuan budaya pelajar-pelajar Melayu.


Dwi Minggu Bahasa Melayu


Program ini merupakan program yang padat dengan aktiviti-aktiviti bahasa dan budaya untuk meningkatkan minat murid-murid terhadap Bahasa serta Budaya Melayu. Program yang dijalankan selama dua minggu ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti kraf tangan serta seni persembahan Melayu. Mereka juga dapat berdarmawisata ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Singapura.

Darmawisata

ML20171.PNG












Kraf tangan

ML20172.PNG















Seni Persembahan

ML20173.PNG

























Murid-murid kemudian menunjukkan bakat mereka bermain kompang dan mempersembahkan silat pengantin kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolah pada acara Penutup Minggu Bahasa Ibunda 2017.

 

 

Penyertaan Murid dalam Pertandingan

Salah satu pertandingan yang telah disertai murid-murid pada bulan April ialah Piala Cendekia Sahibba 2017. Pertandingan itu telah dianjurkan oleh Sekolah Menengah Bishan Park dan disokong oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). 4 orang murid daripada peringkat darjah 5 dan 6 telah mempelajari permainan Scrabble versi Melayu ini dan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri untuk pertandingan tersebut. Walaupun kali pertama mereka bertanding, mereka telah berjaya merangkul tempat keempat dalam peringkat zon selatan. Kedudukan mereka telah melayakkan mereka ke peringkat nasional. Syabas murid-murid Cedar kerana telah mengharumkan nama sekolah!


ML20174.PNG